Sunday, December 12, 2010

Sejarah Kompleks Muhibah

Kompleks Muhibah Ampang Jaya, terletak di Taman Nirwana, Ampang. Ianya dilancarkan secara rasmi oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Y.A.B Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 5hb Oct 2002.

Kompleks yang hampir menelan belanja sebanyak RM5 juta ini adalah salah satu daripada 4 kompleks yang berasaskan konsep perpaduan. Kompleks yang lain terletak di Shah Alam, Petaling Jaya dan Selayang. Ini merupakan konsep dan idea yang baru oleh Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi yang mahukan lebih banyak kompleks praktikal yang mana aktiviti-aktiviti komersial dan sosial boleh dijalankan di bawah satu bumbung. 

Keunikan Kompleks Muhibah ini, semua peniaga hanya dibenarkan berniaga atas van dan selepas habis berniaga,van tersebut keluar dan tempat dibersihkan untuk aktiviti-aktiviti riadah.Kompleks Muhibah adalah dibawah pengurusan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ)

Pelbagai perniagaan boleh menyewa lori sepenuhnya dari MPAJ seperti pasar basah, gerai makanan, barang peribadi dan banyak lagi. Ianya dibuka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 12 malam.Pasar lambak, majlis rasmi MPAJ dan pertandingan karaoke juga sebahagian dari acara yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Untuk kemudahan orang ramai, pihak pengurusan menyediakan kemudahan seperti tandas awam dan surau.